Wednesday, December 10, 2008

Alisha Najwa of 3rd month

Tanggal 26 Nov 2008 yang lalu genap baby kesayangan saya Alisha Najwa berusia 3 bulan. Bulan ke-3 baby akan disuntik sekali lagi. kesian tgk Najwa kene suntik, nangis kuat gak tu. Tapi nasib Najwa ni tak demam. kira baby saya ni kuat juga la. Suntikan seterusnya adalah pada bulan ke-5 iaitu 26 Jan 2009. Harap abah tak lupa ye.


Sekarang ni Najwa dah pandai senyum, mengiring ke kanan dan kiri. meniarap pun boleh (tapi tak boleh lama-lama). Lagi satu dia punya menangis sekarang ni kuat sangat. maklumlah dah besar. disebabkan Najwa ni comel sangat, abah tak kisah. Abah dan ibu sayang sangat kat Najwa. Harapan abah dan ibu agar Najwa membesar dengan sihat dan gembira.

Tuesday, November 18, 2008

Once you choose hope, anything's possible

Apakah maksudnya: Apabila anda memilih berharap, segalanya mungkin.
Bolehla dikatakan harapan/impian/cita-cita itu perlu bagi manusia...manusia yang mempunyai harapan untuk berjaya pasti akan berjaya...dan tidak salah untuk memberi harapan, kerana harapan manusia terus hidup...
namun manusia yang tinggal hanya dalam harapan tidak akan kemana-mana..harapan semata-mata adalah kosong...harapan bersama usaha akan membina kita menuju kejayaan.harapan dan usaha bersama doa(berserah kepada Allah) serta bersyukur adalah sesuatu kejayaan walau apa pun hasilnya dikemudian hari kelak..Insyallah..

Tuesday, November 11, 2008

Baby ALISHA NAJWA

Hospital Pantai Batu Bahat, 26 Ogos 2008: seorg baby girl telah selamat dilahirkan...berat 2.87kg..alhamdulillah...cahaya mata pertama ku dinamakan ALISHA NAJWA..comel tau...skarang dah 2 bulan 21 hari, berat pun dah makin bertambah 5kg dah....seronok bermain ngan anak ni...


Majlis Perkahwinan (11 Ogos 2007)

Kuala Pilah: 11-Ogos-2007. dah setahun aku kawin ye....dengan sape aku kawen? mesti la dgn alfa. dah blog pun musha-alfa kan...musha tu aku la..alfa tu isteri ku...majlis berjalan lancar dan dengan meriahnya..gugup gak masa bersalaman ngan iman tu..hehehe..alhamdulillah..dah setahun berlalu..tapi rasa cam nak naik pelamin skali lagi je..ngan alfa la...