Wednesday, June 10, 2009

ALISHA NAJWA ON VACATION

6 Jun 2009 - 6:30am - Abah dan ibu dah bersiap-siap untuk pergi bercuti, tapi najwa sedang asyik dibuai mimpi lagi. 7:00am tanpa menghiraukan mimpi Najwa, abah terus bangun kan najwa, ibu plak memberikan susu kpd Najwa sementara abah menyediakan air mandian Najwa. Hampir 7:45am baru bertolak, sementara itu singgah 7-11 jap untuk beli roti dan minuman sekadar mengalas perut ibu dan abah.

Destinasi pertama Endau, Mersing. jam dah menunjukkan 10:15am, masih jauh lagi perjalanan nya. Najwa seronok dapat berjalan langsung tertidur sehingga la ke Mersing.
waktu telah menunjukkan 1:30pm, perut abah telah berbunyi, sekarang Najwa telah sampai di Kuantan. Apa lagi abah dan ibu pun berhenti sebentar untuk mkn tghari. Disebabkan nak cepat KFC jer la jadi hidangan. Lupa plak Najwa dah makan bubur yang ibu masak tadi masa kat Endau.

Pukul 2:15pm, perjalanan pun disambung. sepanjang perjalanan dari Kuantan ke Kuala Terengganu melalui Cherating, Kemaman, Kijal, Kertih, Dungun dan Marang. Suasana dan permandangan sepanjang perjalanan amat mempersonakan. tak de la bosan sgt cam perjalanan pergi balik Kluang-KL yag selalu abah tempuhi. Pantai yang memutih dan laut yang kebiruan, suasana kampung nelayan dan pokok kelapa.

Sampai di Kuala Terengganu sudah hampir pukul 5:30pm. Check in hotel di Bandaraya KT, nasib dah booked awal, kalo tak tidur dlm kereta la nampaknya. mmg KT fully booked maklumlah cuti sekolah.

Setelah mkn mlm di Food court Pantai Batu Buruk, destinasi pertama di KT adalah Taman Tamadun Islam. Najwa nak tengok Masjid kristal. Waktu malam mmg cantik disimbahi lampu2 berwarna-warni. ingat nak singgah Mydin tapi penuh la sampai parking pun tak de.So balik rehatkan diri untuk hari seterusnya.

7 Jun 2009. Abah, ibu dan Najwa mmg bangun terlambat kul 9:30am br bgn. Siap2 Kul 10:30am br bertolak ke majlis perkahwinan Kawan ibu di Kg Pasir Tinggi. Jauh gak dari KT 7km. Ini kawan ibu semasa di Sabah dulu perkahwinan Azlina dan Aidil (Satu sekolah di sabah-lambatla diorang dpt pindah semenanjung)

Setelah hampir 3jam di rumah pengantin, destinasi seterusnya adalah Pasar Payang. Ibu la yg sibuk shoping.

Sebelah petang kami ke Pantai Batu Buruk dan Ke Masjid Tengku Tengah Zaharah (Masjid terapung). sebelum tu mkn di A&W Batu Buruk.

sebelah malam aktiviti biasa la tidor. Esoknya pukul 9:30am kami memulakan perjalanan pulang selama 9 jam ke Kluang. Najwa Seronok bercuti. Nanti kita bercuti lagi ye. Ke mana? Nantikan....

1 comment:

ETA SENSEI said...

bestnya gi holiday...ari yg sama najwa g holiday ke KT, auntie Eta pun kt KT ms tu....Xjumpe plak kite kt sana, kan?klo x, dpt la jmpe najwa dekat2..aritu ms wedding auntie,najwa duk jauh sgt..